Inilah loji janakuasa elektrik paling mesra alam. Terbesar di dunia. Kini dibuka di United Kingdom.Loji janakuasa elektrik ini dibuka bagi menunjukkan tanda sokongan kerajaan Britain untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida di udara.
Inilah loji kincir angin terbesar di dunia.
Kincir angin ini terletak 12 kilometer (7 batu) ke arah lautan dan ketinggian turbinnya adalah setinggi 115 meter (380 kaki). Loji ini bakal menjana elektrik sebanyak 300 megawatt yang mana ia terus meningkatkan jumlah tenaga elektrik yang diperbaharui kepada 5 gigawatt yang dijana oleh kerajaan Britain.

About these ads